BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Sunday, August 22, 2010

ALAM ROH

BISMILLAH......
DENGAN NAMA ALLAH YG MAHA PEMURAH LG MAHA PENGASIHANI......

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.....


Apa Khabar wahai Pemuda Pemudi Penggerak Islam sekalian?????? Harap kalian dlm keadaan sht Walafiat n dbawah rhmat Ilahi... Ameen.... Insyaallah, pada keluaran kali ini kita akan membincangkan tentang Alam Roh dan Alam Manusia.... Sbnarnya, ini adlh permohonan dari slh seorg shbat saya yang ingin mengetahui lebih lanjut ttg dunia roh dan roh itu sndiri...... Sbnarnya roh adalah jisim yg terlalu halus dan tidak mampu dilihat oleh mata kasar manusia itu sndiri.... Hanya org2 yang terpilih shj yang dibuka mata hijabnya untuk melihat roh2 ini..... Dan ia berbeza dengan bermimpikan roh berbanding dengan melihat roh..... Sbnarnya byk tafsiran mengenai mimpikan roh seseorang yang telah mninggal dunia.....

Di kalangan para ilmuan generasi Salaf (tokoh-tokoh umat Islam pada tiga kurun pertama), ada yang berpendapat ketika tidur, roh orang hidup boleh pergi bertemu roh orang yang sudah meninggal dunia di alam barzakh. Setelah pertemuan, roh orang hidup dikembalikan sementara roh orang yang meninggal dunia kekal di tempatnya (alam barzakh). Ini semua berlaku dengan izin dan kurniaan Allah kepada roh orang yang hidup. Dalilnya adalah firman Allah yang bermaksud:

“Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Dia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa (roh) dari badannya, jiwa (roh) orang yang sampai ajalnya semasa matinya dan jiwa (roh) orang yang tidak mati dalam masa tidurnya. Kemudian Dia menahan jiwa (roh) orang yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa (roh) yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir” [az-Zumar, ayat 42] Rujuk Tafsir Ibn Katsir, jld. 12, ms. 133-134

Walaubagaimana pun, apabila seseorang itu bermimpi menemui orang yang telah meninggal dunia, hendaklah dia bezakan sama ada yang ditemui adalah orang yang dimaksudkan atau syaitan yang menjelma sebagai orang yang dimaksudkan. Ini kerana lazim berlaku seseorang itu bermimpi menemui seseorang, khasnya orang salih, padahal ia hanyalah jelmaan syaitan. Cara membezakan ialah mengukur pesanan orang yang ditemui dalam mimpi, adakah ia selari dengan al-Quran dan sunnah yang sahih atau menyelisihinya. Jika orang yang ditemui berpesan kepadanya untuk bangun mendirikan Solat Witir, maka itu bukanlah syaitan. Sebaliknya jika dia berpesan untuk membaca surah al-Fatihah untuk 1000 kali, maka itu adalah syaitan. Di sini bukti syaitaniyah bukanlah pada membaca surah al-Fatihah, tetapi pada mengulanginya dengan jumlah tertentu.

Ukuran ini hendaklah dilakukan terus-menerus. Ini kerana syaitan amat bijak dalam menyusun strategi. Untuk beberapa mimpi yang pertama, ia berpesan kepada sesuatu yang selari dengan al-Quran dan al-Sunnah yang sahih. Apabila ia melihat kita yakin bahawa yang ditemui selama ini dalam mimpi adalah orang salih, maka barulah ia berpesan kepada sesuatu yang menyelisihi al-Quran dan al-Sunnah yang sahih.

Tetapi ada juga yang mnyatakan bahawa kekadang roh ini hadir dlm mmpi kita supaya mengigaykan kita supaya tidak melupakannya.... Dan ada yang mnyatakan roh i ni hadir kerana kita selalu mngigatkan dirinya sehingga mewujudkan wajahnya dalam mmpi.... Dan ada juga yang menyatakan jika roh itu hadir dalam mmpi kita, ia ingin mnyampaikan hajat, atau memberi pringatan atau apa2 shj kpd orang yang disayangi.... walau betapa banyaknya "yang menyatakan" , namun kita ambil jalan mudah iaitu mnyandarkan ia kepada Allah S.W.T kerana hnya Allah shj yang tahu apa yang trjadi di atas muka bumi ini.... jd, apa shj mmpi yang kita alami, kita sndarkan kpd Allah S.W.T kerana kita harus ingt bahawa dunia kita juga didiami oleh benda2 yang ghaib dr pndangan mata kita..... Dan yang paling pnting, kita berdoa agr kita dlindungi dr Iblis Laknatullah..... Amin.....

Cukuplah sekadar ini shj tatapan kita untuk kali ini..... InsyaAllah....

Apa yang baik itu dtg dari "Allah, dan apa yang kurang itu dtg dr diri saya yang serba kekurangn ….. Sekian dahulu, sblum sy ingin mngundur diri, dengarlh madah buat pdoman diri kita…


“ Dan tibalah waktu ajal bertamu, penuh ketenangan jiwamu(Muhammad) berlalu, linangan airmata syahdu, iringi pemergianmu, Oh sukarnya utk umat menerima bahkan payah untuk Umar mmpercaya, tetapi Iman merelakan jua, bahwa manusia kan MATI akhirnya”


Smoga mnjadi pnduan bersama.... InsyaAllah....

Sekian,

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh....

0 Orang berkata: