BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Sunday, August 22, 2010

ALAM ROH

BISMILLAH......
DENGAN NAMA ALLAH YG MAHA PEMURAH LG MAHA PENGASIHANI......

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.....


Apa Khabar wahai Pemuda Pemudi Penggerak Islam sekalian?????? Harap kalian dlm keadaan sht Walafiat n dbawah rhmat Ilahi... Ameen.... Insyaallah, pada keluaran kali ini kita akan membincangkan tentang Alam Roh dan Alam Manusia.... Sbnarnya, ini adlh permohonan dari slh seorg shbat saya yang ingin mengetahui lebih lanjut ttg dunia roh dan roh itu sndiri...... Sbnarnya roh adalah jisim yg terlalu halus dan tidak mampu dilihat oleh mata kasar manusia itu sndiri.... Hanya org2 yang terpilih shj yang dibuka mata hijabnya untuk melihat roh2 ini..... Dan ia berbeza dengan bermimpikan roh berbanding dengan melihat roh..... Sbnarnya byk tafsiran mengenai mimpikan roh seseorang yang telah mninggal dunia.....

Di kalangan para ilmuan generasi Salaf (tokoh-tokoh umat Islam pada tiga kurun pertama), ada yang berpendapat ketika tidur, roh orang hidup boleh pergi bertemu roh orang yang sudah meninggal dunia di alam barzakh. Setelah pertemuan, roh orang hidup dikembalikan sementara roh orang yang meninggal dunia kekal di tempatnya (alam barzakh). Ini semua berlaku dengan izin dan kurniaan Allah kepada roh orang yang hidup. Dalilnya adalah firman Allah yang bermaksud:

“Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Dia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa (roh) dari badannya, jiwa (roh) orang yang sampai ajalnya semasa matinya dan jiwa (roh) orang yang tidak mati dalam masa tidurnya. Kemudian Dia menahan jiwa (roh) orang yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa (roh) yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir” [az-Zumar, ayat 42] Rujuk Tafsir Ibn Katsir, jld. 12, ms. 133-134

Walaubagaimana pun, apabila seseorang itu bermimpi menemui orang yang telah meninggal dunia, hendaklah dia bezakan sama ada yang ditemui adalah orang yang dimaksudkan atau syaitan yang menjelma sebagai orang yang dimaksudkan. Ini kerana lazim berlaku seseorang itu bermimpi menemui seseorang, khasnya orang salih, padahal ia hanyalah jelmaan syaitan. Cara membezakan ialah mengukur pesanan orang yang ditemui dalam mimpi, adakah ia selari dengan al-Quran dan sunnah yang sahih atau menyelisihinya. Jika orang yang ditemui berpesan kepadanya untuk bangun mendirikan Solat Witir, maka itu bukanlah syaitan. Sebaliknya jika dia berpesan untuk membaca surah al-Fatihah untuk 1000 kali, maka itu adalah syaitan. Di sini bukti syaitaniyah bukanlah pada membaca surah al-Fatihah, tetapi pada mengulanginya dengan jumlah tertentu.

Ukuran ini hendaklah dilakukan terus-menerus. Ini kerana syaitan amat bijak dalam menyusun strategi. Untuk beberapa mimpi yang pertama, ia berpesan kepada sesuatu yang selari dengan al-Quran dan al-Sunnah yang sahih. Apabila ia melihat kita yakin bahawa yang ditemui selama ini dalam mimpi adalah orang salih, maka barulah ia berpesan kepada sesuatu yang menyelisihi al-Quran dan al-Sunnah yang sahih.

Tetapi ada juga yang mnyatakan bahawa kekadang roh ini hadir dlm mmpi kita supaya mengigaykan kita supaya tidak melupakannya.... Dan ada yang mnyatakan roh i ni hadir kerana kita selalu mngigatkan dirinya sehingga mewujudkan wajahnya dalam mmpi.... Dan ada juga yang menyatakan jika roh itu hadir dalam mmpi kita, ia ingin mnyampaikan hajat, atau memberi pringatan atau apa2 shj kpd orang yang disayangi.... walau betapa banyaknya "yang menyatakan" , namun kita ambil jalan mudah iaitu mnyandarkan ia kepada Allah S.W.T kerana hnya Allah shj yang tahu apa yang trjadi di atas muka bumi ini.... jd, apa shj mmpi yang kita alami, kita sndarkan kpd Allah S.W.T kerana kita harus ingt bahawa dunia kita juga didiami oleh benda2 yang ghaib dr pndangan mata kita..... Dan yang paling pnting, kita berdoa agr kita dlindungi dr Iblis Laknatullah..... Amin.....

Cukuplah sekadar ini shj tatapan kita untuk kali ini..... InsyaAllah....

Apa yang baik itu dtg dari "Allah, dan apa yang kurang itu dtg dr diri saya yang serba kekurangn ….. Sekian dahulu, sblum sy ingin mngundur diri, dengarlh madah buat pdoman diri kita…


“ Dan tibalah waktu ajal bertamu, penuh ketenangan jiwamu(Muhammad) berlalu, linangan airmata syahdu, iringi pemergianmu, Oh sukarnya utk umat menerima bahkan payah untuk Umar mmpercaya, tetapi Iman merelakan jua, bahwa manusia kan MATI akhirnya”


Smoga mnjadi pnduan bersama.... InsyaAllah....

Sekian,

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh....

Tuesday, August 17, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Al-Mubarak....(Part 2)


BISMILLAH......
DENGAN NAMA ALLAH YG MAHA PEMURAH LG MAHA PENGASIHANI......

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.....


Apa Khabar wahai Pemuda Pemudi Penggerak Islam sekalian?????? Harap kalian dlm keadaan sht Walafiat n dbawah rhmat Ilahi... InsyaAllah.... Ameen Ya Rabbal Alamin.... Alhmdulillah, Allah mmberi lg ksempatan pada kita utk saling ingt-mngigati sesama kita, serta mmberi kita peluang utk mnyambut Ramadhan pd tahun ini.... Alhamdulillah... =] .... InsyaAllah, pada kali ini kita akn mmpersoalkn tentang ganjaran2 dalam mnunaikn ibadah tarawwih....

Baiklah, antara ganjaran2 dlm menunaikan ibadah tarawih berdasarkan hadith adalah sperti berikut.....

1. Pada hari pertama seorang mukmin akan keluar bebas dari dosanya,seperti pada hari ia dilahirkan oleh ibunya.

2. Pada malam kedua, diampunilah dosanya dan dosa kedua orangtuanya jika mereka adalah orang mukmin

3. Pada malam ketiga, berteriaklah malaikat dari bawah arasy:Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu

4. Malam keempat, diberi pahala seakan-akan membaca Taurat,Injil,Zabur dan Alquran

5. Malam kelima,diberi pahala seperti orang yang bersembahyang di masjidil haram,masjid madinah dan masjid Al-aqsa

6. Malam keenam,diberi pahala orang yang bertawaf di Baitullah dan memintakan ampun baginya segala batu dan pasir

7. Malam ketujuh, ia seakan-akan telah mengalami masa nabi Musa dan membelanya terhadap Firaun dan Haman

8. Malam kedelapan Allah memberikan pahala seperti yang diberikan kepada Nabi Ibrahim as.

9. Malam kesembilan seakan-akan ia telah beribadah kepada Allah seperti ibadahnya Nabi Muhammad SAW

10. Malam kesepuluh dikaruniai Allah kebaikan dunia akhirat

11. Malam kesebelas, ia keluar dari dunia bersih bebas dari dosa seperti ia dilahirkan oleh ibunya

12. Malam kedua belas, ia akan tiba dihari kiamat dengan wajah berseri-seri bercahaya seperti bulan purnama

13. Malam ketiga belas, akan tiba dihari kiamat terhindar dari keburukan

14. Pama malam mkeempat belas, ia akan memperoleh kesaksian dari para malaikat bahwa ia telah melakukan sembahyang tarawih ,dan karenanya ia tidak menghadapi hisab

15. Malam kelima belas, pada malaikat membacakan salawat untuk dia

16. Malam keenam belas, Allah mencatat kebebasannya dari api neraka

17. Malam ketujuh belas, diberi pahala nabi-nabi

18. Malam kedelapan belas, ia dipanggil oleh malaikat :Hai hamba Allah,ketahuilah bahwa Allah telah meredhai engkau dan meredhai kedua orang tuamu

19. Malam kesembilanbelas, Allah mengangkat darjatnya dalam syurga firdaus

20. Malam keduapuluh , diberinya pahala para syuhada dan orang-orang soleh

21. Malam keduapuluh satu, Allah membangunkan baginya sebuah rumah dari cahaya di syurga

22. Malam keduapuluh dua, tiba dihari kiamat terhindar dari segala rasa duka dan sesak hati

23. Malam keduapuluh tiga, dibangunkan oleh Allah sebuah kota di dalam syurga

24. Malam keduapuluh empat, dikabulkan oleh Allah dua puluh empat doa daripadanya

25. Malam keduapuluh lima, dibebaskan oleh Allah dari azab dalam kubur

26. Malam keduapuluh enam, diberinya pahala empat puluh tahun

27. Malam keduapuluh tujuh, ia akan melewati sirat secepat kilat

28. Malam keduapuluh lapan, akan diberinya seribu tingkat di syurga

29. Malam keduapuluh Sembilan, diberi Allah pahala seribu kali perjalanan haji yang makbul

30. Malam ketigapuluh, berfirman Allah kepadanya, mandilah dengan air salsabil dan minumlah dari air kautsar,Aku tuhanmu dan engkau hambaKu.

Namun, mnurut kajian para Ulama'2, sbnarnya hadith yang mnerangkn ganjaran2 tarawih ini adalah hdis yg direka selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W.... dan ia dipanggil sbagai Hadith Maudu’.... Iaitu hadith dikatakan Hadith Nabi s.a.w. sedangkan ia bukan Hadith Nabi, dan nyatalah ia merupakan hadith palsu.... Hadith ini telah direka pada zaman Khulafa' Arrasyidin kerana ada yang ingin memajukan ekonomi perniagaannya, dan lain2..... Namun, tidak salah jika kita mengamalkan hadith2 yang baik seperti ganjaran2 solat sunat Tarawih sebagai penaik semangat utk menunaikan Tarawih.... Mgkin ada hikmahnya dimata Allah e2 sndiri.... jadi, rajin2kn lah mnunaikan Tarawih k..... InsyaAllah..... Mudah2an dgn sedikit ilmu yg dapat saya curahkn kpd kalian dpt mnambahkan ilmu pengetahuan.... Jika ada yang sy tersilap ckp ataupun tersilap dari segi hadith ini sndiri, harap maaf k... Kerana apa yang sy berikan ini adalah sumber dari para2 Ustaz-ustaz dari plbagai ceramah dan lain2 lagi... Cukuplah setakat ini shj buat pedoman pd diri kita agr lebih bersedia utk melalui bulan Yg Pnuh BARAKAH dan SYAFA'AT ….. InsyaAllah….. Sekian dahulu, sblum sy ingin mngundur diri, dengarlh madah buat pdoman diri kita…


“ Saatnya istirahat dalam pemuasan nafsu duniawi,
Saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga,
Saatnya mensyukuri indahnya kemurahan-Nya,
Saatnya memahami makna pensucian diri,
bersama kita leburkan kekhilafan,
dengan shaum mempertemukan kita dengan Keagungan Lailatul Qadar,
dan kita semua menjadi pilihanNya untuk dikabulkan do’a - do’a dan kembali menjadi fitrah”

Smoga mnjadi pnduan bersama.... InsyaAllah....
Sekian,
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh....