BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Friday, July 30, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Al-Mubarak.....


BISMILLAH......
DENGAN NAMA ALLAH YG MAHA PEMURAH LG MAHA PENGASIHANI......

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.....

Apa Khabar wahai Pemuda Pemudi Penggerak Islam sekalian?????? Harap kalian dlm keadaan sht Walafiat n dbawah rhmat Ilahi... Ameen.... InsyaAllah, pd hri ini kta akn mmbangkitkn ttg Bulan Ramadhan Yg bakal hdir utk tahun 2010.... Apakh prasaan kita dengan bulan yg indah yg smakin hmpir?????? Apakh prsediaan yg telah kita lakukan utk mghadapi bln ini?????? Adakh kita sudah bersedia utk mlawan nfsu2 kita ini?????? Adakh kita tlh memohon keampunan dr Ilahi????? Sdgkn kita skarang ini msh leka dgn hidup d dunia ini..... MasyaAllah….. Hidup manusia kini d dalam kealpaan dan kelekaan smata2….. Hidup dalam terumbang ambing…. Sebagai umat Islam, kita harus bersedia menghadapi bln ini….. Tp, umat Islam khususnya lbey sronok mraikn Hri Rya berbanding dgn bulan yg mulia n pnuh barakah ini… Sdgkn pd bulan inilah syaitan2 di rntai n pintu taubat d buka spenuhnya…. Jd, ambillh pluang utk mohon n bersyukurlh pd-Nya krn masih mghidupkn kita utk mrasai nikmat bulan Ramadhan ini…..
Surah Al-Baqarah 2:185
“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur. ”

Sabda Rasulullah s.a.w:

((كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ وَكَمْ مِنْ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ))

(( Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi ia tidak memperolehi apa-apa kecuali lapar dan dahaga dan berapa ramai orang yang qiam (solat malam) tetapi ia tidak mempperolehi apa-apa melainkan berjaga sahaja)). Riwayat Imam Ahmad

Selain itu, kita harus mempunyai persediaan dlm mghadapi bulan Ramadhan…. Antaranya:
1) Persiapan Diri:

Sebagai muslim yang benar-benar prihatin dengan kehadiran Ramadhan semestinyalah menyemak semula hukum-hakam yang berkaitan dengan pengertian puasa, hikmah, rukun dan perkara-perkara yang membatalkan puasa agar ibadah yang dilalui tidak sia-sia. Juga hendaklah mengetahui amalan-amalan sunat yang sangat digalakkan ketika berpuasa seperti membaca al-quran, bersedekah dan membantu golongan yang susah. Di samping itu hendaklah juga mengetahui fatwa-fatwa berkaitan dengan permasalahan semasa yang berkaitan dengan puasa.

Kita juga hendaklah mengetahui bahawa ketika Ramadhan kita bukan sahaja dituntut menahan lapar dan dahaga tetapi hendaklah juga memelihara aurat, tidak bergaul bebas lelaki dan perempuan, tidak mengunjungi pusat-pusat hiburan dan kelab malam, tidak bersentuhan dengan bukan muhrim, tidak membeli tiket loteri dan berjudi, tidak menghabiskan masa membuat perkara sia-sia seperti menonton tv dan mendengar lagu-lagu yang melalaikan dan tidak terlibat dengan mengumpat dan menfitnah orang lain.

Seorang muslim yang akan menempuh bulan Ramadhan sewajarnya menanamkan keazaman dengan penuh ikhlas untuk menumpukan sepenuhnya bulan ini dengan amal ibadah. Kehadiran ke masjid bukan kerana malu kepada orang ramai tetapi benar-benar mengharapkan pengampunan dari Allah Taala.

Cara yang terbaik untuk meningkat ilmu dan kefahaman berkaitan puasa khususnya ialah dengan menghadiri ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah yang menyentuh tentang persediaan Ramadhan dan ibadah puasa.

Bagi memastikan amalan harian kita lebih teratur dan tersusun sepanjang Ramadhan, kita bolehlah menyusun satu jadual ringkas seperti berikut:

Subuh :
• Bangun awal dan solat sunat dua rakaat (tahajjud).
• Bersahur sekurang-kurangnya seteguk air.
• Solat Subuh di masjid atau surau.
• Membaca al-Quran atau mendengar tazkirah subuh.

Pagi:
• Ke pejabat dengan menghayati bacaan al-Quran di dalam kenderaan.
• Solat Sunat Dhuha
• Bekerja seperti biasa.

Tengahari:
• Solat Zohor berjamaah samada di masjid berdekatan atau di pejabat.
• Tadarus al-Quran bersama rakan-rakan di pejabat atau belajar membaca al-Quran.
• Rehat atau tidur lebih kurang sepuluh minit.
• Bekerja seperti biasa.

Petang:
• Solat Asar di masjid atau surau.
• Membaca al-Quran.
• Pulang ke rumah dengan menghayati bacaan al-Quran di dalam kenderaan.
• Menyediakan juadah berbuka/membantu isteri/membantu mak dan ayah.
• Bertadarus al-Quran dengan keluarga.
• Berbuka puasa dengan tamar dan air kemudian solat maghrib berjamaah di masjid (bagi lelaki).
• Solat Maghrib Berjamaah di Masjid (Kaum lelaki).
• Pulang ke rumah untuk makan bersama keluarga.

Malam:
• Solat Sunat sebelum Isyak
• Solat Isyak.
• Solat Sunat selepas Isyak.
• Solat Sunat Tarawih.
• Bertadarus al-Quran di masjid atau surau.
• Tidur awal untuk bangun awal.

Ketika waktu cuti pula sebaiknya dipenuhi dengan amalan beriktikaf di masjid samada seorang diri atau membawa keluarga. Sewajarnya bulan puasa ini dikurangkan aktiviti berjalan-jalan ke pusat membeli belah atau pusat pelancongan kerana biasanya akan terdedah kepada memandang kepada sesuatu yang boleh mengurangkan pahala puasa.

Segala perancangan amalan di atas tidak boleh dilakukan secara mengejut atau tergesa-tergesa, oleh itu kesempatan di bulan Syaaban ini wajar digunakan bagi membiasakan diri dengan amalan-amalan tersebut.

2) Persiapan di Rumah:

Sebagai ketua keluarga seorang bapa/anak lelaki adalah bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana iman di rumah ketika bulan khususnya ketika bulan Ramadhan. keluarga hendaklah dibiasakan dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaatSabda Rasulullah s.a.w:


Antara persediaan yang boleh dilakukan ialah dengan menyediakan bilik atau sudut khusus di dalam rumah untuk beribadah. Sediakan al-Quran secukupnya untuk ahli keluarga dan tetapkan waktu untuk solat malam berjamaah atau waktu membaca al-Quran bersama-sama. Sediakan vcd kuliah agama dan dokumentari Islam untuk ditonton ketika waktu lapang. Pastikan ahli keluarga tidak menghabiskan masa di hadapan tv menonton rancangan atau filem yang tidak bermanfaat.

Ketua keluarga juga mestilah memastikan anak-anak/adik beradik benar-benar menutup aurat ketika keluar dari rumah.

Sebelum Ramadhan elok juga diadakan satu taklimat khusus kepada ahli keluarga untuk menerangkan fadhilat-fadhilat Ramadhan dan disiplin yang mesti dipatuhi sepanjang Ramadhan.

3) Persiapan di Masjid.

Masjid atau surau adalah tempat tumpuan sepanjang bulan Ramadhan. Oleh itu ahli jawatankuasa masjid hendaklah membuat perancangan rapi bagi menyediakan tempat yang kondusif untuk beribadah sepanjang Ramadhan khususnya. Persediaan rapi ini juga wajar dibuat supaya ada ahli jamaah yang datang dapat terus istiqomah berjamaah di masjid walaupun selepas tamatnya Ramadhan.

Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan ialah menyediakan Imam yang baik bacaannya untuk mengetuai solat Tarawih kerana ia memainkan peranan penting membangkitkan keseronokan melakukan solat Tarawih. Imam ini juga hendaklah diberi taklimat terlebih dahulu agar membaca al-Quran tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek ketika solat Tarawih. Amalan membaca sejuzuk al-Quran satu malam perlulah diukur dengan kesesuaian ahli jamaah. Kerana fenomena yang sering berlaku ialah tempoh yang panjang ketika solat Tarawih menyebabkan ramai makmun yang lari dan meninggalkan jamaah. Begitu juga dengan jumalah rakaat solat Tarawih samada 8 atau 20 hendaklah dilihat dari sudut keberkesanan dan peluang menyampaikan untuk berdakwah.

Di samping itu satu ceramah atau kuliah khusus perlu diadakan sebelum Ramadhan bagi meningkatkan kefahaman tentang ibadah puasa. Manakala di sepanjang bulan Ramadhan hendaklah diatur aktiviti tazkirah 7 ke 10 minit setiap hari selepas 4 rakaat solat Tarawih.Tazkirah ini hendaklah menfokuskan kepada hikmah-hikmah berpuasa dan perkara-perkara yang berkaitan dengan keindahan Islam. Kerana kebanjiran umat Islam di masjid ketika Ramadhan wajar dijadikan peluang menyampaikan mesej dakwah dan menanamkan kefahaman Islam kepada mereka.
Cukuplah setakat ini shj buat pedoman pd diri kita agr lebih bersedia utk mghadapi bulan Yg Pnuh BARAKAH ….. InsyaAllah….. Sekian dahulu, sblom sy ingin mngundur diri, dengarlh madah buat pdoman diri kita….

Ramadhan adalah pembuktian cinta, pada setiap ruang dan waktu yang berpuluh-puluh berlipat ganda, Ketundukan adalah cinta, Kebajikan adalah cinta, Derma adalah cinta, dan menata hidup lebih dewasa adalah cinta. Ramadhan, saat memberi makna istimewa pada cinta Umat Islam. Semoga ia akan wujud dlm Hti Umat Islam…. Ameen….

Smoga mnjadi pnduan bersama.... InsyaAllah....
Sekian, Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh....

Monday, July 26, 2010

Kajian dari 3 sahabat mengenai umat Islam pd masa kini....


BISMILLAH......
DENGAN NAMA ALLAH YG MAHA PEMURAH LG MAHA PENGASIHANI......

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
....


Kami mulakan lgkah kami utk panduan kita semua mngenai umt Islam pd masa kini...... Jk kita lihat umat Islam pd masa kini, amalan kita banyak terpesong dengan umat2 pd masa dulu.....



Contohnya, ttg isu murtad yg kini berleluasa dan hangat pada tahun 2007... MasyaAllah, bgitu beratnya dosa kita pada masa kini..... Jk diimbas kmbali pd masa Islam mula2 diturun kpd nabi kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W, umat2 islam sggup mmpertahankn akidah mereka shingga terpaksa mengorbankn nyawa yg amat bernilai......

Subhanallah......


Tp, pd masa kini, umat Islam lgsung tidak kuat Imannya...... Sggup membuang agama semata2 kerana harta dunia, kerana sayang pd kekasih....... MasyaAllah..... Namun madah yg ingin saya perbangkitkn pd masa kini ialah tentang dua orang golongan ini..... Kita akan perbincangkn ttg isu murtad ini pd masa yg akn datang......
Kami telah membuat satu kajian mengenai golongn manusia yg kurang didikan agama dengan golongn manusia yg mmg mempunyai ilmu agama yg byk..... Kami singkapkn mereka sebagai A dan B......

A ialah seorang shbt kami yg kurang didikan agama dan B pula seorang shbt yg mmpunyai ilmu agama yg lus dan alim.....


A dlu mrupakn plajar yg sosial dan dia juga prnah berzina dgn kekasihnya... Namun, stlh brjumpa kami n meminta panduan n pertolongn, Alhamdulillah, akhirnya dia telah kmbali ke Jalan yg Lurus dan kembali pd Agama.... Jk dahulu dia x mlakukan slt, tp kini dia tlh mula bersolat... Jk dahulu dia x mnutup aurat, tp kini dia mula blajar menutup aurat.... Jk dahulu dia slalu keluar mlm, berpegang2ngn sesama bukan muhrim, tp kini dye telah mula mnjaga batas pergaulan..... Alhamdulillah...... Semoga Allah mmbantunya dlm apa jua urusan n memaafkn sgala dosa2 yg telah dia lakukan.....


B pula dahulu mrupakan seorang yg alimah katakn, seorang yg patuh pd Agama, seorg yg kuat imannya..... Jk dia berada di suatu tmpt dengan sseorg llaki, dia akn mnjarakkn dirinya supaya dpt mnjaga bts pergaulan..... Namun, slepas dia mula bekerja smntara mnunggu kputusan, kami melihat sgla sifatnya smakin brubh..... Dia mmbenarkn mukanya disentuh oleh bkn muhrin, pakaian nya mula mnampkkn susuk tubuh..... Kami cuba sdaya upaya utk mrubhnye kmbali, namun kami xmmpu.... Dia ttp bgitu juga.... Dan shingga kini, kami kurang berhubung dgn nya krn ada mslh2 trtentu.... Namun kami sntiasa berdoa smoga Allah mmbuka hati dia agar mula bertaubat n kmbali kpd akidah Islam.....

Jd, dr ape yg dapat kami smpulkan drpd kajian kmi, orang yg kurang didikan agame senang utk ditarbiyahkn smula, dididik n memuhasabahkn diri agar kmbali kpd akidah Islam..... Namun jk pd orang bukan Islam pula, jk mereka telah mula asyik terhadap dunia yg palsu ini, MasyaAllah, pyh utk ditarbiyahkn smula utk mndekatkn diri kpd Allah.... jd, kpd semua pmbaca blog ini, saya berharap agr kalian dpt mnjaga Iman, Amal n yg paling penting mnjaga hubungan dgn Allah smoga kita dpt membau haruman Syurga Allah d akhirt kelak.... InsyaAllah..... sblum sy mengakhiri madah pertama kalinya dalam blog ini, sy ingin mmberi mutiara kata agr dpt mnambah ilmu kita dan lebih menyayangi Islam.....



"Apabila akhirat ada dalam hati, maka akan datanglah dunia menemaninya. Tapi apabila dunia ada di hati maka akhirat tidaklah akan menemaninya. Itu karena akhirat mulia dan dermawan, sedangkan dunia adalah hina” (Abu Sulaiman Ad Daroni)


Smoga mnjadi pnduan bersama.... InsyaAllah....

Sekian, Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.....